Monday, 5 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN





LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Set induksi
[5 minit]
KOTAK
MISTERI





Kata kunci:
- boleh dimakan
- rasa manis
- baik untuk kesihatan

1. Guru membawa sebuah kotak misteri ke dalam kelas.
2. Pelajar- pelajar diminta meneka isi kandungan kotak tersebut.
3. Guru akan memberi kata kunci kepada pelajar untuk membantu pelajar meneka dengan tepat.
4. Guru akan menunjukkan isi kandungan kotak tersebut apabila pelajar menyebut tajuk pembelajaran hari ini, iaitu,  buah- buahan tempatan.
5. Guru akan menayangkan tajuk hari ini dalam persembahan multimedia.

KB
- membuat ramalan.

BBM
- kotak misteri
- buah-buahan
- LCD
- persembahan
  Multimedia
- komputer riba

Langkah 1
[10 minit]
GAMBAR
BUAH- BUAHAN











1. Guru akan membahagikan pelajar kepada tujuh kumpulan.
2. Guru memberikan sekeping sampul surat kepada setiap kumpulan.
3. Setiap sampul surat tersebut mempunyai empat gambar buah - buahan tempatan yang telah dipotong.
4. Pelajar – pelajar diminta untuk menyusun gambar yang dipotong dengan betul.
5. Pelajar- pelajar akan berbincang tentang gambar- gambar tersebut.
6. Pelajar akan memberi pendapat mereka tentang gambar- gambar tersebut.
7. Pelajar akan menamakan buah- buahan tempatan yang terdapat dalam gambar tersebut.
8. Guru akan mempersembahkan gambar – gambar tersebut dalam persembahan multimedia.
9. Kumpulan pertama yang menyusun gambar- gambar tersebut dengan betul akan diberi bintang.


BBM
- sampul surat
- gambar
- LCD
- persembahan
  Multimedia
- komputer riba
- bintang

Langkah 2
[15 minit]

MUSIM BUAH- BUAHAN






1. Guru akan meminta pelajar membaca bahan pantun ‘Musim Buah- buahan’ yang terdapat   dalam buku teks.
2. Pelajar akan membaca pantun tersebut dengan luncuran.
3. Beberapa pelajar akan membaca pantun tersebut dengan kuat dengan intonasi, nada, sebutan yang betul.
4. Pelajar akan menerangkan pantun tersebut dan memberi pandangan mereka.
5. Pelajar akan menghubungkaitkan gambar dalam persembahan multimedia dengan pantun tersebut.
6. Guru meminta pelajar menyenaraikan buah – buahan tempatan yang terdapat dalam pantun tersebut.     


BBM
- pantun
- gambar
- LCD
- persembahan
  Multimedia
- komputer riba


Langkah 3
[10 minit]
KEPENTINGAN BUAH- BUAHAN







1. Guru membahagikan pelajar- pelajar kepada 5 kumpulan.
2. Setiap kumpulan melantik seorang ketua dan pencatat.
3. Setiap kumpulan diberi sehelai kertas mahjong dan pen marker.
4. Guru meminta setiap kumpulan menyenaraikan kepentingan memakan buah- buahan yang tempatan.
5.Setiap ketua kumpulan diminta mempersembahkan hasil mereka di hadapan kelas.
4. Pelajar dan guru berbincang tentang kepentingan buah- buahan tempatan yang telah disenaraikan.
5. Guru akan memaparkan kepentingan memakan buah- buahan tempatan dalam persembahan multimedia.
6. Kumpulan yang menyenaraikan kepentingan buah-buahan dengan betul akan diberi sebatang pensel.

BBM
- kertas mahjong
- pen marker
- LCD
- persembahan
  Multimedia
- komputer riba
- pensel




Langkah 4
[15 minit]

KHASIAT BUAH- BUAHAN











  1. Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan.
  2. Setiap kumpulan diberi sehelai kertas mahjong dan pen marker.
  3. Pelajar diminta mengenalpasti khasiat buah- buahan tempatan dalam  kumpulan.
  4. Ketua kumpulan akan membentangkan pembentangan mereka di hadapan kelas.
  5. Guru akan membetulkan kesilapan yang terdapat dalam pembentangan pelajar dengan menayangkan persembahan multimedia.


  1. Kumpulan yang terbaik akan diberi bintang.

BBM
- kertas mahjong
- pen marker
- LCD
- persembahan
  Multimedia
- komputer riba
- bintang


Penutup
[5minit]
PERMAINAN MULTIMEDIA













  1. Guru akan menulis nama pelajar dalam kertas dan masukkannya dalam sebuah kotak.
  2. Guru akan mengambil sehelai kertas dari kotak dan memanggil nama pelajar yang terdapat dalam kertas tersebut.
  3. Pelajar tersebut diminta memilih satu nombor yang tertera di persembahan multimedia.
  4. Guru akan menayangkan soalan kepada nombor tersebut dalam persembahan multimedia.
  5. Pelajar diminta membaca soalan tersebut dan menjawabnya.
  6. Pelajar yang menjawab dengan betul akan diberi sebiji gula- gula.
  7. Guru akan meneruskan permainan dengan mengambil nama pelajar lain.
  8. Guru merumuskan pelajarn hari ini dengan permainan multimedia.

BBM
- kotak
- kad nama
- LCD
- persembahan
  Multimedia
- komputer riba
- gula- gula




No comments:

Post a Comment